Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah
wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad) Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga mak...a
aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir)
dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan
penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang
tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup
dengannya.” (HR Nasa’i) Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta
cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya
mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi ) Dalam
hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni
Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana
sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala
mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan
tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari
jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para
sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang ,
Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat
Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat
Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama
sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para
sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda
s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi :
“Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur
terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya.
Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka
selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang
tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat
sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah
untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya.
Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka
dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka
Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara
wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun
bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab :
“Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami!” (Hadis
Riwayat Al- Bukhari) See More
By: Tazkirah